Isnin, 10 Mei 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KALI 22 الاحتفال للمتوفقين والمتفوقات والمعلمين


Sg Nipah, Sunga Besar (8 Mei 2010) - Hari ini adalah hari yang dinantikan oleh pelajar-pelajar yang senantiasa bersiapsiaga untuk menggapai kejayaan. Bukan untuk diraihkan atau dibanggakan, bahkan terbayangkan usaha yang begitu perit selama ini. Namun ini adalah titik noktah permulaan sebelum langkah seterusnya. Bayangkanlah sekiranya kejayaan ini pun sudah terasa perit jerihnya, apatah lagi di menara gading. Kering keringat tak dirasakan dan penat lelah tak terkira.

Tahniah diucapakan kepada anda kalian, moga bermanfaat yang kalian timba. Pesanan saya pada kalian ; jangan dilupakan jasa ibubapa@penjaga kalian yang sering berdoa tak kira malam atau siang, kering air tekatnya inginkan anaknya menggapai kejayaan ; guru-guru kalian yang sering memberikan tunjuajar, nasihat, dorongan untuk terus hidup sevagai insan berilmu, bukan wang ringgit diharapkan,tetapi ziarahilah mereka ketika masih hidup, sedekahkan al Fatihah kiranya mereka telah hilang di mata dunia; rakan perkongsian dalam menuntut ilmu, jangan dilupakan mereka ketika kalian dalam kerunsingan, kegelapan merangkak, kegusaran hati...




terima kasih daun keladi, hari ini hati happy



Tiada ulasan:

Catat Ulasan