Rabu, 18 Julai 2012

DEBAT BAHASA ARAB PERINGKAT KEBANGSAAN

18 JULAI 2012, Sg Haji Dorani, Sg Besar, Selangor - Hari ini dalam sejarah, kerana SAMSHD telah mewakili daerah ini untuk turut serta dalam pertandingan debat Bahasa Arab yang diadakan pada 6 hingga 10 Julai 2012 yang lalu.

Segala kerja keras dan usaha yang ditunjukkan oleh peserta telah menghasilkan kejayaan yang tidak diduga. Peserta sekolah telah diwakili oleh :
1- Nur Syaidatul Akma 5F
2- Maisara 5F
3. Nur Haifa Akila 4F
4. Syazleen 4F

Hasil perjuangan mereka, maka inilah hasilnya :
1- SAMSHD VS SMKA Segamat = 2-1
2- SAMSHD VS SMKA Pedas = 1-2
3- SAMSHD VS SMK Mutiara, Labuan = 3-0
4- SAMSHD VS SMKA Sheikh Malik, Trg =3-0
5- SAMSHD VS SMKA al Irsyad, PP = 0-3
6- SAMSHD VS SMKA Limauan Kimanis, Sabah=1-2

TAHNIAH KEPADA PESERTA KITA..

TIDAK DILIPAKAN KEPADA JURULATIHNYA : UST BAHARUDDIN SHAHMAN DAN UST ABD HALIM SULAIMAN (merangkap hakim)..
semoga usaha kalian diberkati...AMIN>>

* gambar-gambar akan diupload kemudian.. harap maaf leee..

BUKU LATIHAN BA K1 FORMAT BARU 2012

SALAMUN ALAIKUM JAMIA'N..

Kepada semua calon SPM 2012 dan guru Bahasa Arab SPM.. berita baik untuk kalian.. kini ust dah terbitkan sebuah buku latihan Tasyjii' untuk latih tubi mingguan@harian yang berformat terbaru...


Dan satu lagi, nota ringkas pun ada sekali disisipkan di belakangnya.. kelebihannya nota tersebut disertakan bentuk-bentuk soalan yang keluar di dalam peperiksaan dan tunjukkan cara menjawab yang betul..


Tak Lupa juga disediakan skema jawapan.. sebenar utk guru je.. 



Harganya 3 in 1: latihan + nota + skema = RM10 je..
mahal ke??? entah lah.. x kiralah.. yg penting ilmu dalamnya..kalu dinilai dgn duit, rasanya x terkata..
lagipun buku belum ada dipasaran lagi.. semua cetak + hantar + design + tempat = semua sendirian berhad + bantuan Allah Taala..

x perlulah berkira sangat dlm menuntut ilmu.. walLah A'lam


SELAMAT BERPUASA 1433H DAN BUATLAH YANG TERBAIK...

* PESANAN : Kepada rakan-rakan yg dah dapat buku cetakan pertama, terdapat ralat di dalam buku latihan tersebut.. pembetulan akan dihantar melalui email beserta skemanya..

Harap maaf 3x

* Nantikan pula Kertas 2...
* Nak Murah lagi.. tunggu tahun depan 2013.. InsyaLLah setelh dicetak..