Khamis, 24 Jun 2010

DEBAT BAHASA ARAB PERINGKAT KEB. 2010

DEBAT BAHASA ARAB PER. KEBANGSAAN 2010

USIM,Nilai Ng.Sembilan - Pertandingan kali ini merupakan kali ke 3 diadakan di pusat pengajian tinggi USIM dengan kerjasama BPI. Penyertaan adalah terhad iaitu hanya 40 buah sekolah shj.

Pertandingan akan bermula pada 25 JUN (Jumaat) untuk pendaftaran peserta dan taklimat. manakala pertandingan sebenar adalah pada hari Sabtu, 26 JUN hingga 27 JUN (Selasa).

SMKA Simpang Lima telah memilih 4 orang calon untuk mewakili sekolah. mereka adalah Mohd Izwan b Mohd Ali, Amir Sofwan b Samsudin, Muhammad Iqwan b Ahmad Zaidi dan Mohammad Zariq Mustaqim b Mustafa.

Semoga barisan pendebat ini boleh berdebat dengan hebat dan seterusnya mendapat kejayaan di sana. Aminnnnn...

RENTATAN PERJALANAN DEBAT

HARI 1 : 25 JUN 2010 - Perjalanan menuju tempat pertandingan (USIM) mengambil masa 2 jam setengah untuk sampai. Sudah tentu kepenatan dan pelbagai rintangan mendatang. Pendaftaran peserta dilaksanakan sejak awal pagi lagi hingga jam 5 petang. Sebelah malamnya punya adalah sesi taklimat dari pihak urusetia pertandingan. Tidak banyak aktiviti dijalankan memandangkan peserta dan guru pengiring serta para hakim masih kepenatan.


* penulis tinggal di A1-2-2 bersama guru dari SMKA al Irsyad, Penang ( Ust Muslim)

HARI 2 : 26 JUN 2010




* ni kes tak budget ke... pagi dah keni sarapan tepi jalan... waduhhh!!! (keluh??!!)


* bukan kami sahaja... tapi sekolah lain pun sama... hai peringkat kebangsaan nihhh




PERTANDINGAN DEBAT BERMULA

Para peserta berasa cemas, gementar, takut, risau dan macam2 lagi mereka. Ada yg sampai tak boleh menulis dan berulang kali masuk bilik air. Tak tahu apa, mungkin nak training depan cermin,.. rasanya.
Bagi peserta yang memasuki pertandingan debat ni, tak ada banyak masalahnya.

PUSINGAN 1
Undian pasukan yg bertanding dijalankan. SMKASL(pembangkang) lawan SMKAKL, jiran senegeri kita. Tajuk debat untuk pusingan ini :
Permulaan yang baik walaupun banyak kesilapan yg dilakukan tanpa disedari atau sengaja dilakukan. Apa keputusannya...??? Hah,  TAHNIAH!!!!  menang pusingan 1 dgn jaringan 2 : 1. Pendebat terbaik adalah Mohd Iqwan.


PUSINGAN 2
Keputusan rasmi untuk pusingan 1 diumumkan. Masing2 teruja dengan keputusan namun masih mahu meneruskan perlawanan.

Undian pasukan dijalankan dengan pusingan 2, iaitu pasukan menang akan lawan dengan pasukan menang dan juga sebaliknya. Kali ini SMKASL (pembangkang juga) lawan SMKA Slim River. Masing2 sudah sedia utk berhujah. Dikenakan kuranten selama 30 minit. Bolehlah nak buat persiapan terakhir.

Keputusannya ?? Huhh!!! Tahniah. Pasukan sekolah menang lagi dengan 3:0... lagilah teruja!! Pendebat terbaik masih lagi Mohd Iqwan.


PUSINGAN 3
Keputusan diumumkan secara rasmi di dewan utama. Masing melihat perasaan gembira dan sedih. Ranking SMKASL dalam 10 terastas, maknanya lawan akan seterusnya adalah lagi hebat... memang betul! Dengan pasukan mana ya???

Jeng22... ya pasukan SMKASL (pembangkan lagi??) lawan SAMTTAJ ( naib juara 2009)... gelap masa depan... tapi SMKASL tetap mahu melawan dan memberikan saingan terbaik... memang seimbang..
Tapi keputusan di tangan hakim.. SMKASL kalah 0:3 ( macam x puas hati jee.... bagilah 1:2 ke... memang ada saingan).

Tajuk debat : Barangan Luar Negara lebih baik dari Barangan Dalam Negara

Pendebat terbaik adalah Amira Shahira ( cakap laju tp tak berapa suka gayanya).
Bagi SMKASL tak da masalah, mungkin kepala dah pening, tak cukup tidur dan kepenatan....lawan waktu petang... kita lawan lagi untuk hari esok (27 JUN 2010).

PETANG (JAM 5 ) SESI BERGAMBAR

MALAM (JAM 9 -12) SESI postmotem pasukan SMKASL... dgn menilai dan membaiki kesilapan yg berlaku terutamanya baris perkataan dan juga pemantapan isi dan huraian. Penyampaian jangan terlalu bergantung dengan pembacaan teks.

HARI 3 (27 JUN 2010)

Pertandingan diteruskan...

Masing dengan harapan yang baru untuk menang dan memberikan saingan yang terbaik, termasuklah pasukan SMKASL.

PUSINGAN 1
Undian pasukan dijalankan. Oleh kerana SMKASL menang 2 kali, bermakna ia masih dalam lingkungan pasukan terbaik. Makanya, lawan nanti akan bertemu dengan pasukan kuat juga....ya memang pasti.. siapakah mereka???

Undian SMKASL (kerajaan) lawan SMKA (P) Kangar agak seimbang... masing2 kalah sekali..tapi SMKASL telah memberikan komitmen terbaik  setelah di"overhall"kan malam tadi.

Yaaa!! enjin baru!!! Saingan panas dan meresahkan... lawan tetap lawan.. dan akhir... waduhhhh!!
Tahniah SMKASL dengan kemenangan ke 3... tak sangka menang dengan 2:1. Pendebat terbaik Mohd Izwan...

PUSINGAN 2
Pengumuman secara rasmi dijalankan di dewan besar...masing berdebar dan teruja dengan pasukan manakah yang akan lawan dan mangsa seterusnya...ranking SMKASL melonjak dalam belasan pasukan terbaik.. namun perlu diteruskan untuk mencapai sasaran 16 pasukan terbaik di pusingan seterusnya.

Pasukan mana yang jadi mangsa seteusnya..??? Nak Tahu??!!  Ya ...SMKASL lawan SMKA Mohd Said... lagilah hebat... sebab mereka juga sudah menang 3 kali.. samalah tuhh.. nampak gaya kena tambah 120% tenaga maksima untuk kali ini..

Saingan terus berjalan dan agak terkejut, pasukan lawan seolah2 hilang arah.. pusing sana sini.. SMKASL jadi pening... wahhhh.. inilah masa yang sesuai melancarkab serangan bertubi...dan akhir kemenangan kepada pihak SMKASL...dengan 2:1..

PUSINGAN 3 (ptg)
Dah menang 4 kali, bermakna tempat 16 sudah terjamin... namun peserta SMKASL mahukan kemenangan seterusnya... ya... pertandingan seterusnya antara buku dan ruas.. SMKASL lawan SMKA al Irsyad, Penang (gurunya sebilik dgn ustaz) ... memang ada saingan.. antara pasukan lelaki lawan puteri... keputusannya?? esok akan diumumkan..

HARI 4 28 JUN 2010


Pengumuman dibacakan... memang telah diduga.. kalah utk kali 2.. namun sudah memadai utk berada dlm ranking 13 dari 16 pasukan terbaik... bg meneruskan pusingan kalah mati..

Ranking kian baik... bermakna lawan lagi hebat menanti ... betul apa yang disangkakan... kali ni SMKASL (pembangkang lagiii) lawan SAMT Hisamuddin... katanya hebat sebab mereka telah mengalahkan SAMTTAJ yg telah mengalahkan SMKASL....

Tak pa.... belum tengok blm tahu... dan peserta masuk kelas.... dan bermulalah pertandingan dari pihak kerajaan..

Bila diperhatikan 2 org dr kerajaan memberikan hujah... banyak juga yang x puas hari... sebab : jelas mereka membaca @ tengok kertas kerap kali dan baris x betul .. banyak dimatikan...beza dengan SMKASL ... pastinya ada bunyi bunyi dan sebut jelas... sebiji2.. Cuma yg ketiga kerajaan nampak hebat.. lancar dan x tengok teks... yg lainnya kurang...

Dari pengamatan SMKASL boleh menang 60:40... tapi... Pengumuman keputusan dibacakan... tak percaya boleh kalah 2:3 dgn SAMT Hisamuddin .... confius betulll.. pelik.. apa yang dihakimi...

Maka terhentilah perjuangan SMKASL setakat ini... utk peringkat kalah mati... ok lah tu.. pencapaian terbaik setakat nih...

Kepada pasukan yg menang.. TAHNIAH  diucapkan dan yang kurang bernasib baik... CUBA lagi sebelum mengalah....

* Moral : jadilah orang yg berlaku adil... bina komentar yang membina
sekian... jumpa lagi di lain pertandingan..

KEPUTUSAN PENUH
SMKASL VS SMKA KL = 2:1
SMKASL VS SMKA SLIM RIVER = 3:0
SMKASL VS SAMTTAJ = 0:3
SMKASL VS SMKA (P) KANGAR = 2:1
SMKASL VS SMKA SHEIKH SAID = 2:1
SMKASL VS SMKA AL IRSYAD = 0:3
SMKASL VS SAMT HISAMUDDIN = 2:3 (kalah mati)