Rabu, 6 Oktober 2010

PETA MINDA @ MIND MAPPING الخريطة الذهنية

PENGENALAN DAN PENGGUNAAN PETA MINDA

sila download software pada link di bawah :
http://www.edrawsoft.com

http://freemind.sourceforge.net
http://download.cnet.com
http://www.brothersoft.com/mindjet-mindmanager


Pengenalan
PETA MINDA ialah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat menggunakannya.
Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan fakta-fakta penting yang mahu diingati dalam bentuk lakaran tersendiri untuk memudahkan anda memahami pelajaran. Anda sebenarnya menggunakan otak kanan anda seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, anda berupaya menukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda.Sebenarnya minda anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingatan, anda perlu melakukan usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80% daripada segala yang kita lihat daripada apa yang kita dengar.
Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana peta minda tersebut dihasilkan berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.


Kegunaan Peta Minda
1. Mengambil nota
2. Simpanan nota ringkas
3. Memanggil / Mencerna maklumat semula
4. Mengembangkan isi
5. Menyelesaikan masalah

 Bentuk Peta Minda
1. Pengkelasan
2. Rantai urutan
3. Kitaran
4. Kitaran (berpusat)
5. Tangga hiraki
6. Pohon fikiran
7. Pengkelasan (berpusat)

Panduan Membina Peta Minda
Bahan
1. Pen / pensel berwarna
2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik)

Persediaan
a. Kenal pasti konsep / idea utama
b.
Bina dengan pantas
c.
Bina dengan riang dan positif
d.
Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan
e.
Dalam keadaan selesa & tenang
f.
Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.

Langkah-langkah dalam membina Peta Minda
1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas
2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai
3. Bentuk cabang-cabang besar dari tajuk utama – satu cabang untuk satu isi utama
4.
Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang
5.
Lakar cabang-cabang kecil yang kecil sedikit dari cabang utama. Tuliskan maklumat tambahan
6.
Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran
7.
Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan. Tuliskan  maklumat tambahan.

Strategi membuat Peta Minda
Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan
:1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.
2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya.
3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita
4. Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-cabang
5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan


Kelebihan Peta Minda.
Lakaran melalui peta minda yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiat kreativiti seseorang pelajar atau individu.
Peta minda memperkembang kemahiran motor atau manipulatif  pelajar-pelajar.
Peta minda memperkembang kemahiran menganalisis pelajar.
Menggalakkan pembelajaran berbentuk koperatif.
Memudahkan pembacaan dan pemahaman 


CONTOH PETA MINDA