Selasa, 5 Oktober 2010

BINAAN AYAT BAHASA ARAB

SISTEM BAHASA ARAB



Dari rajah di atas, dapat disimpulkan di sini bahawa setiap ayat yang dibina hendaklah terdiri daripada benda dan cerita atau dikenali sebagai subjek dan predikat. Di dalam setiap benda terdiri daripada sama ada mubtada’ (مبتدأ) atau pelaku (فاعل), dan cerita pula terdiri daripada sama ada predikat (خبر) atau kata Kerja (فعل). Gabungan antara subjek dan predikat akan menghasilkan Ayat Kata Namaan atau al-Jumlat al-Ismīyyat ( الجُمْلةُ الاسْمِيَّةُ) dan gabungan kata Kerja dan pelaku akan menghasilkan Ayat Kata Kerjaan atau al-Jumlat al-Fi’līyyat (الجُمْلَةُ الفِعْلِيَّةُ).

AYAT KERJAAN BAHASA ARAB



Di dalam rajah di atas, struktur binaan Ayat Kerjaan adalah terdiri daripada satu kata Kerja digabungkan dengan pelaku (الفاعل ) atau pengganti pelaku/naib fail (نائب الفاعل ). Kata Kerja pula kebiasaannya terdiri daripada kata Kerja mujarrad (مجرد ), mutaadi (متعدي ) atau lazim (لازم ) dan juga ma’lum (معلوم) atau majhul (  مجهول). Manakala pelaku (  الفاعل) atau naibnya (نائب الفاعل ) terdiri daripada dua bentuk, iaitu mufrad atau tunggal (مفرد ) dan juga murakkab atau gabungan (مركب ).

Setiap pelaku yang mufrad terdiri daripada kata Nama (اسم ), masdar (مصدر ) dan kata ganti nama (ضمير ). Bentuk gabungan pula terdiri daripada idhafah (إضافي ), masdari (مصدري ) dan wasfiyy (  وصفي ). Di dalam gabungan berbentuk wasfiyy ( ) ia  terbina daripada kata Nama sifat (النعت)  dan juga al-mausul ((الموصول


AYAT NAMAAN BAHASA ARAB

Di dalam struktur binaan Ayat Kata Namaan di dalam bahasa Arab pula ia terdiri daripada subjek dan juga predikat. Ini kerana setiap subjek itu hendaklah dimulakan dengan kata Nama. Kata Nama ini boleh terdiri daripada kata sarīh ( صَرِيحٌ) yang terdiri daripada kata Nama ( اسْمٌ ), kata ganti nama ( ضَمِيرٌ ) dan masdar ( مَصْدَرٌ ), dan juga muawwal ( مُؤَوَّلٌ) yang terdiri daripada wasfi ( وَصْفِيّ ) dan masdari ( مَصْدَرِيّ ). 
Manakala setiap predikat yang dikenali sebagai khabar pula terdiri daripada predikat tunggal ( مُفْرَدٌ ) dan juga gabungan ( مُرَكَّبٌ ). Predikat tunggal terbina dari kata sifat atau kata dasar-masdar. Predikat gabungan pula terbina daripada isnādiyy          ( إِسْنَادِيّ ) yang terdiri daripada ayat kata Kerjaan ( الجُمْلَة الفِعْلِيَّة ) atau Ayat Kata Namaan      ( الجُمْلَة الاسْمِيَّة ) atau  Anjung Ayat ( شِبْهُ الجُمْلَةِ  ), idhāfiyy ( إِضَافِيّ ) dan juga wasfiyy ( وَصْفِيّ ). Contoh-contoh bagi setiap keterangan di dalam rajah di atas akan dijelaskan di dalam bab yang seterusnya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan