Rabu, 19 Mei 2010

KURSUS GURU PENYELARAS KADET (JPAM) SIRI 1

ALPHA, BANGI - Pada minggu ini, iaitu dari 17 -21 Mei 2010, ustaz telah menyertai kursus bagi semua Guru Penyelaras bagi unit Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Program dijalankan di Akademi  Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Bangi.

Program dimulakan dengan pendaftaran pada hari Ahad (16 Mei) sebelum jam 6 petang. Banyak program telah disusun sejak awal lagi. Kebanyakan program dijalankan di dalam kelas (tutorial) sebagai teori dan luar kelas sebagai pratikal.

Pada 17 Mei, kebanyakan program diadakan di dalam kelas merangkumi taklimat khas, sejarah penubuhan dan kepentingan JPAM di Malaysia.
* gaya seorang guru penasihat menggayakan uniform baru JPAM

 Inilah gaya baju baru JPAM dengan perubahan warna. Seluar dan baju warna biru, sepasang kasut hitam, t-shirt dan bere oren dan aksoseri lain. Semuanya percuma. Itulah kelebihan JPAM ni. Marilah Ramai masuk kadet ini. Tak rugi, insyaAllah.
 * sedang memerhati teknikal turun dari menara menggunakan tali

* sedang rehat selepas minum lagi.. ok tak??

Pada hari Selasa 18 Mei, aktiviti diteruskan dengan taklimat tentang tali dan kegunaannya. Sebelah petang pula aktiviti turun dari menara dengan 3 cara; biasa, "spider" dan "gaya Australia. Amat mendebarkan sekali.

* ni gambar ust Mohamad Saib dari SAMT Kuala Kubu Baru, nampak rilek tapi tengah menggigil sebelum naik menara lagi.

* mendengar taklimat dan demo


* memakai kelengkapan menuruni menara


* latihan mengikat dan mengusung mangsa

* praktikal memakai balutan (anduh)


* praktikal balutan tangan dan muka


* jenis-jenis ikatan dan simpulan 1

* jenis ikatan dan simpulan 2




Isnin, 10 Mei 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KALI 22

قال الإمام  الشافعي في ديوانه عن الأمراض من ثلاث
ثلاث هنّ مهلكة الأنام * وداعية الصحيح إلى السقام
tiga perkara yang merosakkan cita-cita, dan menyeru kebenaran itu kepada kecelakaan
دوام مدامة ( الخمر) ودوام وطء * وإدخال الطعام على الطعام
(iaitu) senantiasa minum arak, sering bersama(dgn isteri) dan memasukkan makanan ke atas makanan (gelojoh) 


وقوله أيضا عن الحض (الحث) على الترحُّل
(galakan berkelana)

ما في لذي عقلٍ وذي أدب * من راحة فدعْ الأوطان واغْترب
tidaklah seorang yg mempunyai akal (waras) dan adab (akhlak) dari duduk berehat-rehat, maka tinggalkanlah negerimu dan berkelanalah 
 
سافرْ تجدْ عوضا عمّن تفارقه * وانصبْ (جد في الأمر واجتهد فيه)  فإن لذيذَ العيشِ في النصبِ
bermusafirlah nescaya kamu mendapat gantian apa yang kamu tinggalkan, bersungguh-sungguhlah (dlm pelbagai perkara) kerana kelazatan kehidupan ada pada kesungguhan

إني رأيتُ وقوفَ الماءِ يفسده * إن ساحَ (جرى) طابَ وإن لم يجرِلم يطبْ
sesungguhnya aku melihat  tenangnya air itu boleh merosakkan, sekiranya ia(air) itu mengalir ia menjadi elok dan sekiranya tidak mengalir ia akan rosak 
 
والأسد لولا فراقَ الأرض ما افترستْ * والسهمُ لولا فراق القوس لم يصبْ
dan singa itu sekiranya tidak berpisah (keluar) dari bumi(hutan) maka tidak jadi garang(buas), dan anak panah itu sekiranya tidak keluar dari tempatnya(karung) maka tidak akan mengena (anak panah sasarannya)
 
والشمس لو وقفتْ في القلكِ دائمة * لملّها (يملّ) الناسُ عن عجمٍ ومن عربٍ
dan matahari itu sekiranya terhenti di tempatnya selamanya, nescaya manusia berasa bosan dari kalangan orang Ajam dan juga Arab

والتبر (الذهب) كالترب ملقى في أماكنه * والعود في أرضه نوع من الحطب
dan emas itu adalah seperti tanah ditempatkan di tempatnya, begitu juga kayu U'd di atas bumi satu jenis daripada kayu
فإن تغربْ هذا عزُُّ مطلبه * وإن تغرب ذاك عز كالذهبِ
sekiranya kamu berkelana, inilah sebaik-baik permintaan(tuntutan) dan sekiranya kamu berkelana itulah kemuliaan seperti seketul emas




ANUGERAH YANG DPEROLEHI

1- ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA ( SUBJEK BAHASA ARAB TINGGI - SPM )



2- ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA ( SUBJEK BAHASA ARAB - STPM )


 3- ANUGERAH KEBANGSAAN ( SUBJEK BAHASA ARAB TINGGI - SPM 3/54)

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KALI 22 الاحتفال للمتوفقين والمتفوقات والمعلمين