Rabu, 14 April 2010

RENUNGKANLAH

mungkin bayi ini  bertanyakan : siapakah aku? siapakah bapaku? siapakah ibuku? apa dosaku....????

RENUNGKAN 2 KISAH INI... MOGA DIJADIKAN I'TIBAR 

KISAH SAHABAT 

Berkaitan dengan peristiwa Rasulullah SAW menyelesaikan kes
pengakuan berzina yang dilakukan oleh Maiz. Ketika ingin dijalankan
hukuman ke atas Maiz, maka Rasulullah SAW masih bertanya kepadanya,
"Wahai Maiz, barangkali engkau hanya menciumnya, membelainya atau
engkau hanya melihat kemaluannya ?. "Tidak, ya Rasulullah", jawab maiz.
Kemudian Rasulullah SAW kembali bertanya kepadanya dengan kata-kata
yang jelas tanpa kiasan lagi dan meminta agar dia menjawab secara jelas
pula. Maiz menjawab, "Baiklah ya Rasulullah, aku akan mengungkapkannya
secara jelas". Rasulullah pun bertanya, "Begitu pulakah ketika masuknya
zakar ke dalam farajnya ?". Maka Maiz pun menjawab, "Ya"

KISAH BUKAN SAHABAT 

Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai pelacur terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai 'wanita penuh berahi' yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000). 


  •  

1 ulasan: