Program dimulakan dengan pendaftaran pada hari Ahad (16 Mei) sebelum jam 6 petang. Banyak program telah disusun sejak awal lagi. Kebanyakan program dijalankan di dalam kelas (tutorial) sebagai teori dan luar kelas sebagai pratikal.
Pada 17 Mei, kebanyakan program diadakan di dalam kelas merangkumi taklimat khas, sejarah penubuhan dan kepentingan JPAM di Malaysia.
* gaya seorang guru penasihat menggayakan uniform baru JPAM
Inilah gaya baju baru JPAM dengan perubahan warna. Seluar dan baju warna biru, sepasang kasut hitam, t-shirt dan bere oren dan aksoseri lain. Semuanya percuma. Itulah kelebihan JPAM ni. Marilah Ramai masuk kadet ini. Tak rugi, insyaAllah.
* sedang memerhati teknikal turun dari menara menggunakan tali
* sedang rehat selepas minum lagi.. ok tak??
Pada hari Selasa 18 Mei, aktiviti diteruskan dengan taklimat tentang tali dan kegunaannya. Sebelah petang pula aktiviti turun dari menara dengan 3 cara; biasa, "spider" dan "gaya Australia. Amat mendebarkan sekali.
* ni gambar ust Mohamad Saib dari SAMT Kuala Kubu Baru, nampak rilek tapi tengah menggigil sebelum naik menara lagi.
* memakai kelengkapan menuruni menara
* latihan mengikat dan mengusung mangsa
* praktikal memakai balutan (anduh)
* praktikal balutan tangan dan muka
* jenis-jenis ikatan dan simpulan 1